Berbekam
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar para pembaca
sekalian?
Topik perkongsian kali ini adalah berkaitan salah satu
daripada amalan penjagaan kesihatan yang diamalkan oleh Rasullullah S.A.W iaitu
berbekam. Apakah itu berbekam?
Berbekam ataupun dalam bahasa arabnya al-Hijamah (الْحِجَامَةُ) diambil daripada kata perbuatan Hajam (حَجَمَ) yang bermaksud bermaksud menyedut, dan
bekam bermaksud menyedut darah dan mengeluarkannya daripada badan. Terdapat
banyak hadith yang menceritakan berkaitan berbekam, antaranya ialah:
Sabda Rasullullah S.A.W:
خَيْرُ
مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ
Maksudnya:
“Sebaik-baik pengubatan yang kalian gunakan adalah bekam.”
Daripada Abdullah bin
Abbas:
حجم
النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عبدٌ لبني بياضةَ . فأعطاهُ النبيُّ أجرَه .
وكلَّم سيدَه فخفَّفَ عنهُ من ضريبتِه ولو كان سُحتًا لم يُعطِه النبيُّ صلَّى
اللهُ عليهِ وسلَّم
Maksudnya: “Nabi SAW pernah berbekam oleh seorang hamba kepunyaan Bani
Bayadhah. Maka Nabi SAW memberinya upah dan Nabi SAW bercakap dengan tuannya
agar meringankan tugasnya”. Jika berbekam ini adalah haram, tentu Nabi SAW
tidak memberikannya upah
Rasulullah SAW pernah berbekam dan ia dilakukan oleh Abu Taibah.
Kemudian Rasulullah SAW memberinya 2 gantang makanan. Adapun tempat berbekam
sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Malik bin Buhainah RA,
bahawa Rasulullah SAW berbekam di kepalanya:
أنَّ
رَسولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عليه وسلَّمَ احْتَجَمَ بلَحْيِ جَمَلٍ مِن طَرِيقِ
مَكَّةَ، وهو مُحْرِمٌ، في وسَطِ رَأْسِهِ.
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW berbekam di tengah kepalanya
ketika berada di Lahyi Jamal semasa dalam perjalanan ke Makkah dan baginda
berada di dalam keadaan ihram.
Selain itu, Rasullullah juga pernah berbekam di leher dan diantara kedua
bahunya. Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Nabi SAW bersabda:
احتجم
النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ في الأخدعَيْنِ وبَينَ الكَتِفَيْنِ
Maksudnya: “Nabi SAW pernah berbekam di lehernya dan juga di antara dua
bahunya”.
Antara faedah berbekam ialah:
- Membuang darah
bertoksik yang ada di bawah permukaan kulit.
- Melancarkan peredaran
darah selain membuang angin dalam badan yang menimbulkan rasa tidak selesa.
- Meringankan otot yang
kejang.
- Mengatasi ketegangan
berpanjangan.
- Membebaskan angin
kotor dan toksik dalam badan.
Dari perpektif sains kebaikan berbekam adalah seperti berikut:
- Detoksifikasi.
Pengeluaran darah kotor ketika rawatan bekam adalah satu proses pembuangan racun/toksin/bahan kimia/sel darah merah yang mati dari pada sistem tubuh badan. Bahan-bahan tadi jika tidak dibuang akan menyebabkan 1001 penyakit pada manusia.
- Merangsang
pengeluaran zat antibodi.
Ketika proses rawatan bekam, jaringan kulit yang dibekam mengalami
kerosakan akibat tusukan jarum bekam. Kerosakan ini direspon tubuh dengan penghasilan
sel T (zat antibodi tubuh) untuk mencegah adanya jangkitan di lokasi
pembekaman. Lokasi pembekaman yang merupakan titik akupuntur terhubung dengan
organ-organ tertentu.
Zat antibodi itu ternyata disalurkan tidak hanya ke lokasi pembekaman,
namun juga ke lokasi organ-organ yang terhubung dengan titik akupuntur
pembekaman tersebut. Berlakunya pembasmian kuman-kuman patogen yang selama ini
menyebabkan penyakit. Dengan demikian kuman mati dan organ pun dapat berfungsi
secara normal. Inilah yang mengakibatkan terjadinya proses penyembuhan.
- Merangsang
pengeluaran regenerate hormone.
Pada proses rawatan bekam, jaringan kulit yang dibekam mengalami
kerosakan sel-sel dan jaringan akibat tusukan jarum bekam. Kerosakan ini
direspon tubuh dengan penghasilan “regenerate hormone” untuk memperbaiki
kerosakan jaringan dan sel di lokasi pembekaman serta organ dalaman terdekat
pada lokasi pembekaman itu juga.
Berbekam merupakan mukjizat perubatan sunnah. Kesembuhan penyakit
setelah proses berbekam adalah satu mukjizat,ini kerana apa sahaja perintah
Rasulullah SAW dalam kaedah perubatan (hadis) sudah tentunya ada jaminan
kesembuhan daripada Allah SWT.
Hukum berbekam adalah sunnah secara mutlak. Iaitu sesiapa sahaja yang melakukan akan mendapat
ganjaran samada ia berhajat padanya ataupun tidak. Namun begitu, berbekam
adalah satu tuntutan terhadap sesiapa yang memerlukannya dan Nabi SAW juga telah
mengatakan sedemikian. Jika orang yang sakit berbekam dengan pembekam yang
berautoriti kerana beramal dengan apa yang dinasihatkan dan diajar oleh Nabi
SAW maka perbuatan tersebut akan mendapat pahala daripada Allah SWT tanpa syak
lagi. Manakala bagi sesiapa yang tidak memerlukannya maka tidak dikenakan
apa-apa padanya. Wallahua`lam.


Comments
Post a Comment