Perubatan Menggunakan Ayat Syifa'
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Apa khabar para pembaca sekalian?
Jadi, hari ini kami kami nak kongsikan tentang perubatan menggunakan ayat syifa' sebab macam yang kita tahu al-Quran sebagai penawar bagi segala penyakit, dan kita boleh berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit tersebut dengan beramal dengan ayat-ayat syifa'.
RABUN
Menurut ustaz Amin, doa ini beliau dapat semasa menziarahi ulama di Makkah. Kami kongsikan semula di sini supaya semua mendapat manfaat dan kebaikan dari perkongsian doa ini insyaAllah.
Amalan ini mesti dibuat setiap kali solat Fardhu
Caranya:
1. Rapatkan dua jari
2. Selawat 3 kali – Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad
3. Baca 3 kali ayat ini – la ilaha illallah nurul ‘ain muhammadur rasulullah qurratu ‘ain
4.Tiupkan pada jari dan gosokkan sendi jari pada mata dari dalam ke luar
Kemudian baca lagi pada jari Surah Qaf ayat ke 22 (mula dari fakasyafna…) dan sapukan pada mata sekali lagi.
Maksudnya : maka kami(Allah) singkapkan daripada engkau(manusia) tabirmu penutupmu lalu pandanganmu pada hari menjadi tajam.
MIGRAIN
DOA SAKIT KEPALA DAN MIGRAIN MUSTAJAB!
Alangkah indahnya jika sakit yang kita hadapi dirawat bersama antara ubat hospital dan mukjizat Allah SWT.
Contohnya Sakit Kepala, sebelum makan ubat hospital kita mulakan dengan membaca
1. Surah Al fatihah 1x
2. Ayat Kursi 3x
3. Selawat 3x
Seterusnya baca doa seperti dalam video.
Caranya:
Bila sakit kepala atau migraine mula berdenyut. Baca doa ini dan tekan dengan tangan pada bahagian yang sakit di kepala. Ayatnya tidak panjang dan senang dihafalkan. Lakukan dan baca banyak kali sehingga terasa kurang sakit
Ketahuilah bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya, salah satunya adalah dengan berdoa dengan sungguh-sungguh layaknya bacaan doa sakit gigi sesuai sunnah berikut ini.
Rasulullah menganjurkan untuk membaca doa berikut ini:
“Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dan bacalah Bismillah tiga kali, lalu bacalah “A’uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru” (Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan)” (HR. Muslim)
Dalam Syarah Hisnul Muslim disebutkan asbabul wurud hadis ini.Suatu hari ada seorang sahabat Nabi SAW yang datang mengeluhkan sakit pada anggota tubuhnya. Dia bernama Utsman bin Al Ash r.a. yang merasakan sakit sejak dia masuk islam. Lalu Rasulullah mengajarkan doa dan cara tersebut:
Letakkan tangan pada tempat yang sakit,Baca bismillah tiga kali.Baca doa ini tujuh kali:
Ertinya:
Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan.
Itulah doa amalan menyembuhkan gigi berlubang dan ngilu pada gusi. Selain membaca doa di atas, ada baiknya untuk rutin memeriksakan gigi ke doktor secara berkala.Ketika di rumah juga rajinlah untuk menggosok gigi sesuai waktu yang dianjurkan, yakni setelah makan, sebelum tidur, dan sebagainya.
Baiklah setakat ini sahaja perkongsian hari ini.



Comments
Post a Comment