Tidur
Tatacara Tidur Rasulullah Menurut Islam.
Tidur itu ibadat dan memberi banyak manfaat jika bertepatan dengan caranya. Kitaran hidup manusia saling bersilih ganti antara jaga dan lena lantas menjadi sebahagian dari kehidupan kita semua. Perihal tidur dinyatakan di dalam alquran yang menjadi panduan kepada kita iaitu pada beberapa ayat antaranya
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِبَاسًا وَالنَّوْمَ سُبَاتًا وَجَعَلَ النَّهَارَ نُشُورًا
Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha. (ar rum ayat 43)
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِبَاسًا وَالنَّوْمَ سُبَاتًا وَجَعَلَ النَّهَارَ نُشُورًا
Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha. (al furqan ayat 47)
Saat tibanya waktu malam, kehidupan manusia yang begitu sibuk dengan pelbagai urusan mula kembali tenang. Kegelapan malam yang disinari dengan cahaya bulan menandakan waktu istirehat buat seluruh semesta. Seharusnya kita memanfaatkan waktu rehat yang dikurniakan dengan mendapatkan tidur yang secukupnya bagi membolehkan kegiatan pada siang hari dapat dilakukan dengan bertenaga dan bersemangat. Justeru, seiring dengan kepentingan mendapatkan tidur yang berkualiti, terdapat adab dan tatacara tidur yang dilakukan oleh Rasulullah utuk kita contohi sebagai amalan dalam kehidupan seharian.
Antaranya ialah Rasululullah SAW mengamalkan tidur dalam keadaan gelap dan mematikan sumber cahaya di ruang tidur baginda. Seperti mana disebut di dalam hadis Riwayat Muslim,
غَطُّوا الْإِنَاءَ وَأَوْكُوا السِّقَاءَ وَأَغْلِقُوا الْبَابَ وَأَطْفِئُوا السِّرَاجَ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَحُلُّ سِقَاءً وَلَا يَفْتَحُ بَابًا وَلَا يَكْشِفُ إِنَاءً فَإِنْ لَمْ يَجِدْ أَحَدُكُمْ إِلَّا أَنْ يَعْرُضَ عَلَى إِنَائِهِ عُودًا وَيَذْكُرَ اسْمَ اللَّهِ فَلْيَفْعَلْ
“Tutuplah bejana-bejana dan tempat-tempat minuman, tutup pintu-pintu, dan matikanlah lampu, karena setan tidak dapat membuka tutup tempat minum, pintu, dan bejana. Jika kalian tidak dapat menutupnya kecuali dengan membentangkan sepotong ranting di atasnya dan menyebut nama Allah (bismillah), maka lakukanlah.
Tidur dalam keadaan gelap mempengaruhi tahap kesihatan seseorang di mana penemuan oleh para ilmua saintis menemukan bukti bahawa sekiranya tidur dalam gelap maka hormon melatonine dapat dihasilkan oleh tubuh dengan secukupnya.Hormon melatonine berfungsi untuk memastikan kita dapat tidur dengan lebih lena sekaligus dapat memelihara fungsi tubuh badan dengan sebaiknya.
Selain itu, sunnah juga untuk kita berwudhu sebelum tidur. Menyucikan diri dengan berwudhu tidak hanya tertakluk Ketika menunaikan solat bahkan amalan ini termasuk di dalam adab tiudr dalam islam. Kemudian,berbaringlah dalam keadaan posisi mengiring mengadap arah kanan. Sepertimana Rasulullah SAW bersabda di dalam hadits riwayat Bukhari nomor 247, dari Al-Bara’ bin ‘Aazib radhiyallahu ‘anhu,
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ
Ertinya: Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk shalat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu.
Seterusnya, Rasulullah mnegajar kita untuk membaca surah surah tertentu sebelum lena di perbaringan. Di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.anha :
أَنَّ النَّبِيَّ صلى اللهُ عليه وسلم كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ، جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا: ﴿ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَد ﴾ وَ﴿ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَق ﴾ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاس ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ، وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ، يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ
Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi SAW jika Baginda berbaring ke tempat tidurnya pada setiap malam, Baginda akan menadah tangan kemudian menghembuskan ke kedua tapak tangannya. Lalu Baginda membaca : Qul Huwallahu Ahad, Qul ‘Auzu Birabil Falaq dan Qul A’uzu birabbinnas. Kemudian Baginda akan menyapu dengan kedua tapak tangannya ke tubuhnya bermula dari kepalanya dan wajahnya kemudian bahagian tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.”
Disamping itu, saat terjaga juga ada adab yang ditunjukkan oleh Baginda SAW. Setelah bangun dari tidurnya, Rasulullah SAW berkumur kumur dan bersiwak membersihkan mulutnya. Seperti mana diriwayatkan di dalam hadis baginda SAW,
“Apabila Rasulullah Muhammad saw bangun malam membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (HR. Bukhari Muslim)
Demikianlah adab dan tatacara Rasulullah SAW ketika tidur yang menjadi contoh ikutan kepada umatnya. Betapa indahnya Islam dalam mengatur hidup kita dari segenap hal termasuklah dalam urusan tidur ini.
Sumber:
Muhammad Shahrulnizam Muhadi. (2020, April 15). IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 496 : JANGAN TIDUR SETELAH MELAKUKAN 4 PERKARA. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4437-irsyad-al-hadith-siri-ke-496-jangan-tidur-setelah-melakukan-4-perkara
8 Cara Tidur Rasulullah dan Manfaatnya - DalamIslam.com. (2016, October 24). DalamIslam.com. https://dalamislam.com/info-islami/cara-tidur-rasulullah

Comments
Post a Comment