Kebaikan Makanan Sunnah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Apa
khabar para pembaca sekalian ?
So harini kita akan membincangkan tentang
bagaimana makanan sunnah mampu menjaga tubuh badan kita dengan baik dan
optimum.Apa itu makanan sunnah ?
Makanan sunnah didefinisikan sebagai jenis
makanan yang membawa kebaikan dan maslahah kepada manusia yang disebutkan
tentangnya dalam al-Quran dan al-Hadith,atau yang tidak dinyatakan dalam
kedua-duanya.Istilah makanan sunnah juga membawa maksud apa yang dibawa atau
dimakan oleh Rasulullah SAW.Sudah pasti apa yang dibawa atau dilakukan
Rasulullah SAW membawa manfaat yang besar kepada umat manusia tanpa ragu lagi.
Oleh itu,ayuh kita lihat beberapa contoh
jenis makanan sunnah dan manfaatnya kepada tubuh badan manusia.
1.
MADU
Madu merupakan makanan yang dihasilkan oleh
lebah di mana ia mengandungi kesemua komponen keperluan hidup manusia termasuk
enzim,vitamin,mineral,kandungan air dan paling penting ia mengandungi
pinocembrin.Pinocembrin merupakan satu antioksida yang membantu meningkatkan
fungsi otak di mana bahan antioksida amat diperlukan bagi melawan radikal bebas
yang merosakkan sel. Menjaga keberadaan sel amat penting kerana sel merupakan
komponen utama otak.Otak yang sihat akan memudahkan lagi penyampaian maklumat
seterusnya dapat menguatkan lagi memori seseorang.
Firman Allah SWT :
ثُمَّ
كُلِيْ مِنْ كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَاسْلُكِيْ سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًاۗ يَخْرُجُ
مِنْۢ بُطُوْنِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ اَلْوَانُهٗ ۖفِيْهِ شِفَاۤءٌ لِّلنَّاسِۗ
اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيَةً لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ
“Kemudian makanlah dari segala (macam)
buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari
perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya
terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir” (Surah
al-Nahl,ayat 69)”
2.
KURMA
Umum mengetahui bahawa kurma
mempunyai banyak khasiatnya.Kurma mengandungi mineral,vitamin,serat dan
antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan
badan. Buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di dunia
terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit. Antaranya kurma dapat membantu
pesakit anemia, menguatkan tulang, meningkatkan tenaga batin, mengawal berat
badan, mencegah kanser dan mengelak serangan angin ahmar. Potassium di dalam
kurma pula menjadi agen utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf. Ini telah
meningkatkan kepantasan dan ketajaman aktiviti otak.Kurma juga amat baik untuk
para ibu mengandung bagi membentuk otak yang sihat buat bayi dalam kandungan.
3.
Susu
Kambing
Susu kambing merupakan makanan penyembuhan
yang baik di mana ia dapat membina otak , sistem saraf dan fakulti mental. Ia mengandungi
vitamin , mineral , protein dan lemak yang amat baik untuk pertumbuhan jaringan
otak,enzim dan nuerotransmitter yang sekaligus memberi tenaga untuk otak.
Susu kambing juga dapat meningkatkan sistem
imunisasi yang menjadikan seseorang lebih cergas , kuat dan pintar.
4.
Buah tin
Buah tin sangat
istimewa sehingga namanya dijadikan satu surah di dalam al-Quran iaitu surah
al-Tiin.
“Demi buah Tiin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri
(Makkah) yang aman ini, – Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam
bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).”
(Surah At-Tiin: 1-4)
Buah tin banyak
membantu dalam menyihatkan sistem pencernaan.Sistem pencernaan yang baik akan
menyebabkan makanan dapat diserap dengan baik oleh darah.Segala jenis
pembuangan toksik daripada badan juga dapat dilakukan dengan efisien dan darah
yang berkualiti akan terhasil dan akan diangkut dengan baik oleh badan dan
otak.
Makanan-makanan
ini merupakan antara contoh-contoh makanan sunnah yang sudah pasti amat mudah
untuk kita dapatkan.Semoga kita semua dapat mengamalkan makanan sunnah dalam
kehidupan seharian kerana sudah pasti makanan sunnah menjamin manfaat yang
besar kepada tubuh badan.We are what we eat,so choose wisely ! Sampai berjumpa lagi,bye 😊




Comments
Post a Comment